Wednesday, May 28, 2008

Amanat Pak Sheikh Mohamed Abd Aziz


KIPSAS bertuah kerana menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh Al-Sheikh Mohamed bin Abd Aziz Mahmoud Ghonim, ahli Majlis Fatwa Mesir dan antara ulama kontemporari yang termuda. Kunjungan beliau ke KIPSAS ditaja oleh Bank Islam Malaysia Behad (BIMB) turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Haji Shafik Fauzan Sharif. Di dalam tazkirahnya, beliau menyentuh tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan umat di samping menjaga nama baik agama agar tidak disalah tafsir oleh orang bukan Islam. Beliau juga turut menyentuh tentang hubungan manusia dengan Tuhan (hablu min Allah) dan hubungan sesama manusia, dan setiap perkara yang berlaku dimulai dengan diri kita sendiri . Penceramah turut menghiburkan warga KIPSAS dengan keletah beliau kecek Kelate dengan fasih sekali.

1 comment:

Cucu Tok Sera said...

Salam,
Majlis ilmu begini wajar dilaksanakan spy dpt beri kefahaman dan gambaran kpd pelajar KIPSAS, membuka minda dan terbuka pemikirannya.