Saturday, October 31, 2009

Semarak Kipsas tidak gentar

(Disiarkan Sinar Harian, 30 Okt 09 Jumaat)
KUANTAN - Kewujudan pasukan futsal menerusi Rakan Muda Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (Kipsas) ataupun lebih dikenali Semarak Kipsas bukan sekadar omong-omong kosong. (Klik)

Sebaliknya, dengan barisan 16 pemain yang terpilih, pasukan itu tidak gentar untuk bersaing dengan pasukan berpengalaman walaupun masih mentah berikutan penubuhannya sejak September lalu.

Pengurusnya, Mohd Fikri Anuar, 20 berkata, keyakinan itu dapat dilihat menerusi pemilihan teliti pemainnya melibatkan penuntut kolej itu untuk memastikan hanya yang terbaik menggalas cabaran pasukan itu.

“Majoriti pemain yang terpilih adalah bekas pemain negeri dan ada yang mempunyai pengalaman di negeri masing-masing.

“Sasaran kita untuk menjadikan pasukan ini antara pasukan terbaik di antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sini dan luar Pahang,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kejayaan terkini apabila pasukannya meraih gelaran naib juara dalam pertandingan futsal Piala Presiden Kipsas 2009 di sini baru-baru ini sekali gus petunjuk awal kewujudannya yang julung kali beraksi.

“Kita sebenarnya hanya meletakkan sasaran untuk ke separuh akhir namun kemaraan hingga ke final satu bonus besar dan suntikan moral untuk pemain,” katanya pasukan itu dibarisi pemain berusia 18 hingga 22 tahun.

Ditanya perancangan pasukan itu, Fikri berkata, mereka berhasrat untuk menyertai lebih banyak kejohanan utama seperti anjuran akhbar tabloid utama.

Katanya, untuk memastikan kemantapan dan memperbaiki kelemahan yang ada, pasukan itu mengadakan latihan di waktu petang setiap hari selain memperuntukkan tiga kali seminggu latihan malam di kolej itu.

Friday, October 23, 2009

FutsalRM09: Kick start!


Futsal RM 09: Goreng pisang panas, 30 team sah!



Update status: 30 pasukan sah menyertai kejohanan berprestij julung-julung kali diadakan ini, terdiri di kalangan pemain berusia 23 tahun ke bawah, pastinya gelanggang pada kali ini akan menyaksikan satu perlawanan yang hebat!

Thursday, October 8, 2009

Futsal Rakan Muda Kick-Off !

SEMARAK AKAN MENGANJURKAN KEJOHANAN FUTSAL PIALA PRESIDEN SEMPENA KARNIVAL RAKAN MUDA 09 BERTEMPAT DI PLAZA TIRAM KUANTAN PADA 24 OKTOBER 09 (SABTU). SEBANYAK 24 PASUKAN DI KALANGAN IPT NEGERI PAHANG DIJANGKA AKAN MENYERTAI KEJOHANAN YANG BERPRESTIJ YANG MENAWARKAN HADIAH LUMAYAN RM1,000.00 KPD JOHAN, BESERTA PIALA PUSINGAN .