Wednesday, December 31, 2008

Kepimpinan Baru SEMARAK turun padang!





Seramai 40 sukarelawan SEMARAK yang diketuai oleh Sdr Fikri Anuar turun padang menjayakan program Gotong Royong perdana, Kempen Bumi Hijau dan Bacaan Yasin & Tahlil Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430 di Kg Pagar Penjom, Lipis pada 28 Disember 2008, dan disempurnakan oleh YB Dato Wan Rosdy bin Wan Ismail, EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.





























Sunday, September 14, 2008

Selamat Datang Pak Lah!


Majlis Iftar Perdana Menteri Malaysia di KIPSAS, Pahang pada 11 Sept 2008 (Khamis).

Monday, September 1, 2008

SEMARAK... Strike & Spin






















Kemeriahan Karnival Rakan Muda KIPSAS 08 (KARISMA) diteruskan dengan pertandingan bowling Piala Dato Hashim Abd Wahab yang diadakan di Premium Lanes, Kuantan Plaza pada 26 Ogos 08. Seramai 80 peserta mengambil bahagian menggabungkan staf dan pelajar dalam satu pasukan merebut Piala Pusingan Presiden . Pensyarah baru, Cik Zaidi merangkul best bowler dengan 282 jatuhan pin (2 games) manakala pasukan Muda Sokmo (Jama, Farid, Shamila, Umi) menggenggam gelaran juara !

Friday, August 22, 2008

Malam Gemilang Adiwangsa Sambutan 60 tahun GPMS






















(YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan bekas Presiden GPMS hadir sebagai tetamu kehormat Malam Gemilang Adiwangsa Sempena Sambutan 60 Tahun GPMS yang diadakan di Sime Darby Convention Centre pada 15 Ogos 08)






SEMARAK Bantu Jayakan LADAK


SEMARAK membantu dari segi kewangan untuk menjayakan LADAK Jabatan Dakwah dan Pengurusan KIPSAS di Kg Kuala Boh, Mukim Ringlet, Cameron Highland, iaitu perkampungan orang Asli pada 22 - 25 Ogos 08

Wawasan Desa berpijak di bumi Janda Baik

(Majlis Penyerahan anak angkat disempurnakan oleh Tok 4 Zahari)
(Ahli SEMARAK tak sabo-sabo nak dapat mak angkat)

(Mercu tanda program Rakan Muda Wawasan Desa di Kg Janda Baik)


(Para peserta mendengar amanat YH Dato Presiden sebelum berlepas ke Kg Janda Baik, Bentong yang diadakan pada 7 - 10 Ogos 08)



Bicara Angkasawan Negara Meriah


Program Bicara Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ogos 2008 (Khamis) di Dewan Masjid KIPSAS. Sambutan melebihi 200 org siswa-siswi KIPSAS di dalam dewan yang kecil ternyata tidak menghalang penganjuran program ini yang turut diserikan dengan persembahan pencak silat Gerak Melayu dan perkusi ala rancangan Jangan Tidur Lagi. Staf KIPSAS spt Encik Usop HEP, PKK Zaidi, Puan Zula , Kak Ida dan K.Umi turut memeriahkan suasana. Dr Faiz turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah berupa mug yang ditandatangani oleh beliau sendiri 'live'. Siswi2 tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengumpul koleksi gambar peribadi bersama Dr faiz yang kacak.

Dalam ceramahnya, beliau berkongsi pengalaman dengan pelajar2 tentang proses pemilihan, kepentingan projek angkasawan negara serta aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan sebagai seorang Muslim.

Thursday, August 7, 2008

Konvokesyen ke 8 KIPSAS


Konvokesyen ke 8 KIPSAS:


Tarikh : 11 Ogos 2008 (Isnin)

Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Telok Sisek

Perasmi : KDYMM Sultan Pahang.

Jumlah

graduan : 266 graduan

Monday, August 4, 2008

Semangat obor berSEMARAK di bumi Mat Kilau.

Semangat obor membangkitkan SEDAR di kalangan pelajar Melayu supaya menjadikan pendidikan dan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup!

Dua AMT GPMS Kebangsaan, Akob dan Emril bertukar cenderahati...
VIP Program Flag-off, Dato Hamid, SETPOL Menteri Pelajaran.






Tanggal 26 Julai menyaksikan satu peristiwa bersejarah buat KIPSAS bila mana ia telah dipilih menjadi destinasi persinggahan Konvoi Jejak Obor GPMS Kebangsaan Sempena Sambutan 60 Tahun pertubuhan keramat itu. Seramai 80 orang peserta konvoi menyertai program yang julung2 kali diadakan ini melibatkan GPMS Cawangan Khas di IPTA/S seluruh negara, manakala Pahang diwakili KIPSAS, IKIP dan Kolej Shahputra.


Upacara flag-off telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Pelajaran, Dato Hamid Nazahar di perkarangan Rumah Rehat Annex sebelum singgah di KIPSAS untuk memeriahkan sambutan!

Sunday, August 3, 2008

We Are The First!

Tak sabo nak raye ke....
Sesi Fotografi bersama YB Menteri Belia dan Sukan











(Ucapan YH Dato Presiden KIPSAS, Dato Hashim Abd Wahab
dan Perasmian oleh YB Menteri Belia dan Sukan sempena Program
Rakan Muda Wawasan Desa di Kg Kuala Triang/Kg Batu Papan 31/7- 3/8)

KBS cadang wujud skuad Rakan Muda-Idol jalani aktiviti kemasyarakatan

BERA 3 Ogos — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mewujudkan pasukan khas yang dikenali sebagai “Skuad Rakan Muda-Idol” yang terdiri daripada kalangan remaja bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata setiap pasukan akan dianggotai seramai 100 anggota berumur antara 15 hingga 25 tahun dengan slogan

“Any Time, Any Where”.

“Objektif penubuhan pasukan berkenaan adalah bagi mendekatkan golongan terbabit dengan masyarakat melalui aktiviti seperti bergotong-royong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rakan Muda Wawasan Desa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan penyerahan Anak Angkat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di Sekolah Kebangsaan Batu Papan di sini, hari ini.

Katanya, penubuhan pasukan itu dilihat mampu melahirkan remaja yang bertanggungjawab, berkemahiran dan berbudaya yang boleh memberikan perkhidmatan sukarelawan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Beliau berkata satu sekretariat khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi merealisasikan penubuhan pasukan berkenaan di setiap kawasan Parlimen.

Ismail Sabri berkata, kementerian mensasarkan penubuhan 10 pasukan bagi setiap Parlimen dengan penyertaan lebih 100,000 remaja dalam tempoh sembilan bulan akan datang.

“KBS berhasrat membentuk sejumlah 8,760 pasukan dalam tempoh sembilan bulan dengan keahlian seramai 175,000 orang,” katanya.

Beliau berharap golongan remaja akan menyertai pasukan itu yang bukan sahaja dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tetapi juga membentuk jati diri mereka. — BERNAMA










Tuesday, July 22, 2008

Program Karnival SEMARAK 2008 (KARISMA)


1) Konvoi Obor GPMS Kebangsaan ke KIPSAS pada 25 Julai 2008, jam 8.30 malam (diadakan sempena Kemerdekaan dan Sambutan 60 Tahun GPMS)


2) Program Rakan Muda Wawasan Desa di Kg Kuala Triang dan Kg Batu Papan Bera pada 31 Julai - 3 Ogos 08 melibatkan seramai 80 orang sukarelawan Rakan Muda (SEMARAK).


3) Program Rakan Muda Wawasan Desa di Kg Janda Baik pada 7 - 10 Ogos 08...


4) Fiesta Futsal IPT Pahang dan kejohanan Bowling SEMARAK '08 pada pertengahan bulan Ogos di Plaza Kg Tiram (futsal) dan Premium Lanes Kuantan Plaza.


5) Bicara Semarak Motivasi bersama bakal Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khalid pada 21 Ogos '08


6) Majlis Perasmian Penutupan Karnival SEMARAK dan Malam Kesatria Pahlawan....Ogos '08

Monday, June 30, 2008

Semarakkan semangat patriotisme!


Kem Bina Negara Mahasiwa Asas anjuran BTN Pahang dan GPMS Pahang diadakan pada 20 - 22 jun di Kem BTN Maran. Seramai 150 mahasiswa/i telah menghadiri kursus ini yang melibatkan penyertaan wakil daripada KIPSAS, IKIP, Shahputra dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Antara penceramah yang dijemput ialah TNC HEP UUM, Prof Dato Dr Ahmad Faiz bin Abd Hamid yang merupakan bekas Presiden GPMS, Dr Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), BTN. Peserta didedahkan dengan aspek kepimpinan, jatidiri dan semangat patriotisme, kepentingan kuasa politik Melayu dan perbincangan tentang isu-isu semasa. Rata-rata peserta menunjukkan minat yang mendalam ketika membicarakan survival perjuangan Melayu!

Thursday, June 26, 2008

Rakan Muda Siber On...

RAKAN MUDA JADI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.
Program Rakan Muda bakal dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah dalam usaha untuk mendekati belia dari peringkat awal remaja, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu kini di peringkat rundingan antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran termasuk beberapa isu teknikal dari segi pengurusan pelajar yang perlu dibereskan. "Kami kini sedang mengkaji peringkat umur belia kerana kementerian mengklasifikasikan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 dan 25 tahun sedangkan sistem di sekolah menengah bermula pada umur 13 tahun. "Di samping itu, kami mahu mendekati belia tanpa mengganggu jadual pembelajaran mereka terutama yang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya selepas majlis pelancaran Rakan Muda Remaja Siber oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah di sini, Ahad. Ismail berkata program Rakan Muda Remaja Siber bertujuan mendekatkan remaja dengan gaya hidup remaja siber iaitu untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara maya terutama remaja di luar bandar. "Tahun ini, dalam fasa pertama, pusat siber akan diwujudkan di 16 kompleks rakan muda dan empat pusat kegiatan rakan muda bagi menampung minat dan keperluan remaja. "Dalam fasa kedua dan ketiga nanti kementerian akan pastikan semua 114 pejabat belia dan sukan daerah dan pusat kegiatan rakan muda dilengkapi dengan pusat siber," katanya. Beliau berkata kos dan pengurusan untuk fasa kedua dan ketiga akan menelan belanja RM5.6 juta setahun dengan RM830,400 lagi disediakan untuk menyewa kelengkapan ICT. "Pusat siber itu akan dikendalikan anggota rakan muda sendiri dengan pemantauan pihak berkuasa bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan belia," katanya.

Monday, June 2, 2008

Rakan Muda Wawasan Desa 08 Kick-off!


Pada tahun 2008, SEMARAK bertuah kerana telah dianugerahkan 6 projek Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) dan menariknya pada kali ini ia dilaksanakan di Pahang. Hasil perbincangan awal, 6 buah daerah telah dipilih antaranya Bentong, Bera, Lepeh, Tioman, Pekan, dan Kuantan. Berbanding tahun sebelumnya di Terengganu, negeri Tok Gajah menjadi destinasi pilihan memandangkan keutamaan SEMARAK untuk menabur budi menyemai bakti di tanahair sendiri. Program ini dijangka akan digerakkan pada awal Julai dan melibatkan 40 sukarelawan SEMARAK di setiap kampung. Moh la weh...

Wednesday, May 28, 2008

Amanat Pak Sheikh Mohamed Abd Aziz


KIPSAS bertuah kerana menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi oleh Al-Sheikh Mohamed bin Abd Aziz Mahmoud Ghonim, ahli Majlis Fatwa Mesir dan antara ulama kontemporari yang termuda. Kunjungan beliau ke KIPSAS ditaja oleh Bank Islam Malaysia Behad (BIMB) turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, YB Tuan Haji Shafik Fauzan Sharif. Di dalam tazkirahnya, beliau menyentuh tentang kepentingan penguasaan ilmu pengetahuan untuk memartabatkan umat di samping menjaga nama baik agama agar tidak disalah tafsir oleh orang bukan Islam. Beliau juga turut menyentuh tentang hubungan manusia dengan Tuhan (hablu min Allah) dan hubungan sesama manusia, dan setiap perkara yang berlaku dimulai dengan diri kita sendiri . Penceramah turut menghiburkan warga KIPSAS dengan keletah beliau kecek Kelate dengan fasih sekali.

Thursday, May 22, 2008

SEMARAK undang Angkasawan Negara ke KIPSAS?


Dikhabarkan SEMARAK dalam perancangan untuk mengundang Angkasawan Negara yang ngetop tu sempena Karnival Rakan Muda KIPSAS yang julung-julung kali diadakan pada bulan Ogos ni. Wow! Gempak ma... Tak sabau nak tunggu kezutan, hehehe

SEMARAK non partisan membangunkan mahasiswa!




Salam sejahtera,









Blog ini direka khusus untuk penggerak, aktivis dan ahli Sekretariat Rakan Muda KIPSAS dan siswa-siswi KIPSAS secara amnya. SEMARAk terhasil pd tahun 2003, daripada inisiatif penasihat MPPKIPSAS pada ketika itu, bertujuan untuk menghimpunkan fikrah dan swadaya kepimpinan mahasiswa KIPSAS untuk membangunkan idealisme, intelektualisme dan aktivitisme.



(Gambar: Ahli SEMARAK turun padang membantu mangsa banjir)




Walaupun baru berusia setahun jagung, SEMARAK boleh berbangga dengan pencapaiannya apabila wakilnya terpilih ke Kemboja serta khidmat ahlinya ditagih hingga ke peringkat akar umbi. Kini, SEMARAK mengorak langkah menuju ke hadapan membina citra kecemerlangan siswa-siswi di bumi KIPSAS.




Justeru, blog ini menjadi medan untuk percambahan fikrah dan pemurnian isme ke arah pembangunan modal insan yang lebih gemilang...