Monday, June 30, 2008

Semarakkan semangat patriotisme!


Kem Bina Negara Mahasiwa Asas anjuran BTN Pahang dan GPMS Pahang diadakan pada 20 - 22 jun di Kem BTN Maran. Seramai 150 mahasiswa/i telah menghadiri kursus ini yang melibatkan penyertaan wakil daripada KIPSAS, IKIP, Shahputra dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Antara penceramah yang dijemput ialah TNC HEP UUM, Prof Dato Dr Ahmad Faiz bin Abd Hamid yang merupakan bekas Presiden GPMS, Dr Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), BTN. Peserta didedahkan dengan aspek kepimpinan, jatidiri dan semangat patriotisme, kepentingan kuasa politik Melayu dan perbincangan tentang isu-isu semasa. Rata-rata peserta menunjukkan minat yang mendalam ketika membicarakan survival perjuangan Melayu!

Thursday, June 26, 2008

Rakan Muda Siber On...

RAKAN MUDA JADI KOKURIKULUM DI SEKOLAH.
Program Rakan Muda bakal dijadikan sebahagian daripada kegiatan kokurikulum sekolah dalam usaha untuk mendekati belia dari peringkat awal remaja, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata perkara itu kini di peringkat rundingan antara Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pelajaran termasuk beberapa isu teknikal dari segi pengurusan pelajar yang perlu dibereskan. "Kami kini sedang mengkaji peringkat umur belia kerana kementerian mengklasifikasikan belia sebagai mereka yang berumur antara 15 dan 25 tahun sedangkan sistem di sekolah menengah bermula pada umur 13 tahun. "Di samping itu, kami mahu mendekati belia tanpa mengganggu jadual pembelajaran mereka terutama yang dalam persiapan untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia," katanya selepas majlis pelancaran Rakan Muda Remaja Siber oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah di sini, Ahad. Ismail berkata program Rakan Muda Remaja Siber bertujuan mendekatkan remaja dengan gaya hidup remaja siber iaitu untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara maya terutama remaja di luar bandar. "Tahun ini, dalam fasa pertama, pusat siber akan diwujudkan di 16 kompleks rakan muda dan empat pusat kegiatan rakan muda bagi menampung minat dan keperluan remaja. "Dalam fasa kedua dan ketiga nanti kementerian akan pastikan semua 114 pejabat belia dan sukan daerah dan pusat kegiatan rakan muda dilengkapi dengan pusat siber," katanya. Beliau berkata kos dan pengurusan untuk fasa kedua dan ketiga akan menelan belanja RM5.6 juta setahun dengan RM830,400 lagi disediakan untuk menyewa kelengkapan ICT. "Pusat siber itu akan dikendalikan anggota rakan muda sendiri dengan pemantauan pihak berkuasa bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan belia," katanya.

Monday, June 2, 2008

Rakan Muda Wawasan Desa 08 Kick-off!


Pada tahun 2008, SEMARAK bertuah kerana telah dianugerahkan 6 projek Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) dan menariknya pada kali ini ia dilaksanakan di Pahang. Hasil perbincangan awal, 6 buah daerah telah dipilih antaranya Bentong, Bera, Lepeh, Tioman, Pekan, dan Kuantan. Berbanding tahun sebelumnya di Terengganu, negeri Tok Gajah menjadi destinasi pilihan memandangkan keutamaan SEMARAK untuk menabur budi menyemai bakti di tanahair sendiri. Program ini dijangka akan digerakkan pada awal Julai dan melibatkan 40 sukarelawan SEMARAK di setiap kampung. Moh la weh...