Thursday, January 15, 2009

X-Student KIPSAS gondol gelaran Gadis Melayu!


Syabas dan tahniah diucapkan, ini membuktikan KIPSAS mampu melahirkan multi-talented graduan! Khairul Noor Maaidah Ali (gambar) mengakhiri pencarian Ikon Gadis Melayu apabila menjuarai peringkat akhir program realiti itu yang disiarkan secara langsung menerusi tv9 malam ini.
Khairul Noor Maidah, 23, yang berasal dari Kuantan, Pahang menewaskan empat finalis lain rancangan itu iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, Siti Norashikin Mohd. Nor, Nurul Khusna Uma dan Nur Aishah Zainal.
Bekas Pelajar bidang Bahasa Arab dan Tamadun Islam (BATI) KIPSAS itu membawa pulang hadiah bernilai RM70,000 iaitu wang tunai RM10,000, pakej percutian, set barang kemas tajaan Habib Jewel, perkakas elektrik dan produk kecantikan.
Pada peringkat akhir itu, beliau membuat persembahan lakonan mengenai isu kekeluargaan dan nyanyian bersama artis-artis jemputan.
Program realiti itu diadili juri profesional yang terdiri daripada pakar bahasa, Datuk Dr. Profesor Emeritus Nik Safiah Karim dan penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Juri lain ialah perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob; pelakon Rahman Stephens; dan pakar budaya, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Abdullah.
Pertandingan tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) . Sementara itu, Khairul Noor Maaidah ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka menjuarai rancangan itu kerana semua peserta melakukan yang terbaik pada peringkat akhir itu.
"Saya bercadang untuk menderma separuh daripada wang kemenangan itu untuk membantu penduduk Palestin di Gaza,'' katanya.