Sunday, August 3, 2008

We Are The First!

Tak sabo nak raye ke....
Sesi Fotografi bersama YB Menteri Belia dan Sukan











(Ucapan YH Dato Presiden KIPSAS, Dato Hashim Abd Wahab
dan Perasmian oleh YB Menteri Belia dan Sukan sempena Program
Rakan Muda Wawasan Desa di Kg Kuala Triang/Kg Batu Papan 31/7- 3/8)

KBS cadang wujud skuad Rakan Muda-Idol jalani aktiviti kemasyarakatan

BERA 3 Ogos — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mewujudkan pasukan khas yang dikenali sebagai “Skuad Rakan Muda-Idol” yang terdiri daripada kalangan remaja bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata setiap pasukan akan dianggotai seramai 100 anggota berumur antara 15 hingga 25 tahun dengan slogan

“Any Time, Any Where”.

“Objektif penubuhan pasukan berkenaan adalah bagi mendekatkan golongan terbabit dengan masyarakat melalui aktiviti seperti bergotong-royong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rakan Muda Wawasan Desa Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan penyerahan Anak Angkat Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di Sekolah Kebangsaan Batu Papan di sini, hari ini.

Katanya, penubuhan pasukan itu dilihat mampu melahirkan remaja yang bertanggungjawab, berkemahiran dan berbudaya yang boleh memberikan perkhidmatan sukarelawan kepada masyarakat setempat, agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Beliau berkata satu sekretariat khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi merealisasikan penubuhan pasukan berkenaan di setiap kawasan Parlimen.

Ismail Sabri berkata, kementerian mensasarkan penubuhan 10 pasukan bagi setiap Parlimen dengan penyertaan lebih 100,000 remaja dalam tempoh sembilan bulan akan datang.

“KBS berhasrat membentuk sejumlah 8,760 pasukan dalam tempoh sembilan bulan dengan keahlian seramai 175,000 orang,” katanya.

Beliau berharap golongan remaja akan menyertai pasukan itu yang bukan sahaja dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat tetapi juga membentuk jati diri mereka. — BERNAMA










No comments: