Monday, June 30, 2008

Semarakkan semangat patriotisme!


Kem Bina Negara Mahasiwa Asas anjuran BTN Pahang dan GPMS Pahang diadakan pada 20 - 22 jun di Kem BTN Maran. Seramai 150 mahasiswa/i telah menghadiri kursus ini yang melibatkan penyertaan wakil daripada KIPSAS, IKIP, Shahputra dan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Antara penceramah yang dijemput ialah TNC HEP UUM, Prof Dato Dr Ahmad Faiz bin Abd Hamid yang merupakan bekas Presiden GPMS, Dr Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), BTN. Peserta didedahkan dengan aspek kepimpinan, jatidiri dan semangat patriotisme, kepentingan kuasa politik Melayu dan perbincangan tentang isu-isu semasa. Rata-rata peserta menunjukkan minat yang mendalam ketika membicarakan survival perjuangan Melayu!

2 comments:

Bukan Ahli PERMAI said...

Salam, apa relation SEMARAK dgn GPMS? GPMS plak related dgn politik kepartian, so = ? ?

AdminSemarak said...

SEMARAK merupakan platform kepemimpinan mahasiswa non partisan, terdiri di kalangan mereka yang menyertai gerakan pelajar dan belia spt GPMS, ABIM, PEKIDA dll. Tidak timbul soal GPMS itu berkaitan dengan parti politik kerana di dalam Perlembagaannya jelas memartabatkan pendidikan sebagai teras perjuangan.